• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketepikan Dulu Isu Ronnie, Fokus PRK Tanjung Piai – Syed Saddiq

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan mengulas lanjut keputusan Lembaga Disiplin DAP yang tidak mengenakan tindakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu.

Menurutnya, perkara paling mustahak sekarang adalah memberikan tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November nanti.

“Saya rasa perkara paling mustahak sekarang adalah untuk fokus kepada PRK Tanjung Piai.

“Apa-apa perbincangan susulan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH (Pakatan Harapan) seperti apa yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ronnie Liu sebelum ini dibawa ke Lembaga Disiplin DAP berhubung kritikannya terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak.

Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP itu sebelum ini turut menyatakan PH tidak memerlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kenyataannya itu mendapat kecaman ramai pihak termasuk daripada komponen PH sendiri.

Syed Saddiq sebelum ini menerusi satu kenyataan pula menegaskan ungkapan Ronnie Liu itu sebagai tidak menghormati keharmonian di antara parti dalam PH.

Bahkan beliau turut mendesak Ronnie Liu memohon maaf dan meminta DAP mendisiplinkan beliau.

Tegas Ahli Parlimen Muar itu, sekiranya DAP tidak lakukan apa-apa, Armada tidak akan teragak-agak untuk menyerang pimpinan DAP termasuk pimpinan tertingginya. – Sinar Harian

Tags: DAPpakatan harapanRonnie liuSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

PH Melaka Secara Rasmi Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri

PH Melaka Secara Rasmi Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri

16/07/2026
0

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka tetap dengan keputusan menarik diri daripada kerajaan Melaka selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd