• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Masih Teliti Ambil Alih Pegangan Khazanah Dalam PLUS

oleh
06/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih meneliti cadangan yang diterima untuk pengambilalihan pegangan Khazanah Nasional Bhd. sebanyak 51 peratus di dalam PLUS Malaysia Bhd., kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kerajaan sedang menimbangkan kesan daripada pengambilalihan PLUS dari segi implikasi kewangan bagi melaksanakan tanggungjawab kepada pengguna jalan raya untuk mengurangkan kos menggunakan lebuh raya.

“Antara langkah yang kita fikirkan ialah kita boleh kurangkan kadar tol ataupun adakah boleh kita hapuskan tol dalam masa terdekat kerana kalau kita nak rujuk kepada manifesto (Pakatan Harapan), ia tidak dinyatakan begitu.

“Manifesto jelas menyatakan kita akan bincang secara berperingkat dengan syarikat konsesi. Semua ini masih dalam pertimbangan kerana kita tidak mahu membebankan kedudukan kewangan kerajaan, sementara memberikan bantuan kepada rakyat dan pengguna lebuh raya,” katanya kepada pemberita di luar acara Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2019, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berita bahawa Kementerian Kewangan akan mengambil alih pegangan Khazanah di dalam PLUS.

Menurut laporan berita, Kementerian Kewangan (MoF) dipercayai berminat untuk mengambil alih pegangan Khazanah dalam PLUS berikutan Putrajaya mahu mencegah aset penting itu daripada jatuh ke tangan syarikat swasta.

Memetik sumber, laporan berita itu berkata, MoF akan membeli pegangan dalam konsesi lebuh raya terbesar negara itu dan mengekalkan aset itu dalam pegangan sektor awam, manakala cadangan pengambilalihan itu akan dibentangkan kepada Kabinet dalam waktu terdekat untuk dibincangkan.

Azmin berkata, beliau masih belum melihat cadangan yang dibuat oleh MoF.

“Kita belum buat keputusan sebab sekarang (PLUS) dimiliki oleh Khazanah sebanyak 51 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak 49 peratus. Dari segi teknikal, kedua-dua ini adalah cabang pelaburan kerajaan, jadi kita melihat bagaimana mereka boleh membantu mendukung dasar kerajaan untuk mengurangkan tol lebuh raya yang berkenaan.

“Saya masih belum melihat cadangan (dibuat oleh MoF) kerana saya percaya perkara ini diteliti oleh Kementerian Kerja Raya,” katanya.

Putrajaya sebelum ini mengesahkan ia menerima empat tawaran rasmi daripada pihak yang berminat untuk mengambil alih PLUS iaitu Widad Group Bhd., Maju Holdings Sdn. Bhd., RRJ Capital dan ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad.

Tags: khazanah nasionalMohamed Azmin Alipakatan harapanPLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd