• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kampung Baru: Menteri Janji Hormati Pandangan Sultan Selangor

oleh
26/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Kampung Baru dibangunkan dengan sebaiknya, di samping mengekalkan elemen dan ciri-ciri kemelayuannya, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata, semasa menghadap Sultan Selangor selama 2 jam Khamis lepas, pihaknya turut mengambil maklum perintah mengenai keadaan Kampung Baru ketika ini tidak lagi kondusif untuk kehidupan moden dan selesa, sedangkan kawasan sekitarnya dibangunkan dengan pesat sehingga menjadikan Kampung Baru kelihatan ketinggalan.

“Kementerian akan memberi perhatian khusus atas titah Sultan Selangor yang mahukan lokasi bersejarah di Kampung Baru seperti Masjid Jamek Kampung Baru dan Kelab Sultan Sulaiman dikekalkan dan dipulihara sepenuhnya supaya dapat diwarisi dan diketahui generasi akan datang mengenai sejarah kewujudannya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Khalid berkata, pihaknya akan mengambil berat perintah Sultan Selangor yang mahukan nama Kampung Baru itu sendiri dikekalkan, termasuklah nama jalan yang menunjukkan salasilah Kesultanan Selangor dan tokoh penting yang terlibat di peringkat awal kewujudan penempatan itu.

“Kementerian sememangnya mengambil maklum wujudnya sejarah panjang antara Kampung Baru dan Kesultanan Selangor.

“Dengan keprihatinan dan pandangan jauh Kesultanan Selangor pada 1899 lalu, maka terwujudnya Kampung Baru sebagai penempatan orang Melayu di tengah ibu kota,” katanya.

Oleh itu, katanya, kementerian akan memberi perhatian khusus terhadap segala pandangan Sultan Selangor terhadap Kampung Baru.

Khamis lepas, Sultan Selangor menemui Khalid, pegawai kementerian dan agensi berkaitan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, yang melaporkan cadangan pembangunan semula Kampung Baru serta isu berkaitan status Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

Tags: Kampung BaruKhalid SamadSultan Sharafuddin Idris Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Titah Sultan Selangor Bukan Sekadar Mengenai Perpaduan Orang Melayu – Tengku Zafrul

Titah Sultan Selangor Bukan Sekadar Mengenai Perpaduan Orang Melayu – Tengku Zafrul

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perlu difahami dalam kerangka sebenar sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd