• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kad Sim Percuma Ditawar Syarikat Kebetulan Sama Program PH

oleh
11/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini menafikan terlibat dalam penawaran kad sim prabayar percuma seperti didakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sebelum ini.

Karmaine berkata, program pemberian kad sim percuma kepada penduduk itu diadakan oleh sebuah syarikat bagi mempromosi produk ditawarkan mereka kepada penduduk.

Menurutnya, secara kebetulan program syarikat berkenaan berlangsung sama dengan program kempen pilihan raya anjuran pihaknya dan PH.

“Pasal dakwaan beri kad sim, program itu diadakan satu syarikat untuk promosi kad sim yang kebetulan diadakan bersekali program kita.

“Mereka ada di situ untuk promosi (produk mereka). Kita tidak terlibat,” katanya kepada media sewaktu mengadakan program ziarah rumah ke rumah di Serkat di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan MCA membidas PH kerana memberi kad sim prabayar secara percuma semasa ceramah umum di Tenggayun, Pontian di sini baru-baru ini.

Menurut Ka Siong, pengacara majlis pada ceramah tersebut secara terbuka mengumumkan kepada hadirin supaya mengambil kad sim berkenaan di kaunter khas disediakan.

Mengenai dakwaan anggota jentera PH meminta salinan kad pengenalan daripada pengundi untuk tujuan memberi habuan, Karmaine menjelaskan, proses itu sebenarnya bertujuan melantik ahli parti menjadi jentera ejen mengundi, ejen pengira dan ejen Barong (Pacaba) di keseluruhan 27 pusat daerah mengundi di Parlimen Tanjung Piai.

“Untuk proses itu, memang kita kena daftar anggota Pacaba, jadi salinan kad pengenalan memang diperlukan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kad sim percumapakatan harapanPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd