• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jika Berhutang, Saya Akan Bayar” – Azmin

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih belum menerima sebarang surat saman daripada sebuah agensi pelancongan berhubung dakwaan gagal menjelaskan bil pelancongan sebanyak RM300,000.

Beliau telah meminta para pegawainya membuat semakan terhadap kenyataan yang dibuat oleh agensi pelancongan berkenaan.

“Saya telah meminta pegawai-pegawai saya membuat semakan, kalau ada baki yang belum dibayar, saya akan bayar.

“Itu tanggung jawab saya untuk membayar hutang jadi biarlah semakan dibuat terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2019 di sini hari ini.

Ketika ditanya bagaimana isu tidak membayar hutang itu boleh timbul, Mohamed Azmin menjawab; “Saya tidak tahu. Tanyalah mereka.”

Semalam, Sarawak Report melaporkan, Timbalan Presiden PKR itu mungkin akan dihadapkan di mahkamah kerana gagal menjelaskan hutang sebanyak RM300,000 kepada sebuah agensi pelancongan.

Sarawak Report memetik dokumen difailkan YHA Travel & Tours dan jumlah itu termasuk tambang penerbangan Ahli Parlimen Gombak itu dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun plaintif dan atau wakilnya berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, jumlah terkumpul itu tidak pernah dibayar walaupun jumlah didakwa itu tidak pernah dipertikaikan,” kata agensi pelancongan itu dalam writ saman yang dipetik Sarawak Report. – MalaysiaGazette

Tags: agensi pelanconganbil pelanconganMohamed Azmin Alisaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd