• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Dapat Suaka, Kini Menetap Di UAE

oleh
01/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, 38, dipercayai menetap di Emeriah Arab Bersatu (UAE) walaupun memperoleh suaka daripada negara lain.

Menurut laporan sebuah portal berita, beliau dilaporkan mendapat suaka itu atas alasan berdepan ‘pendakwaan politik’ dan atas sebab hak asasi manusia.

Jurucakap Jho Low mengesahkan, ahli perniagaan itu kini berada di UAE dan bergerak antara Timur Tengah dan Eropah sejak Jun lalu.

Katanya, anak jati Pulau Pinang itu turut menghabiskan masa di Kuwait, Arab Saudi dan negara Timur Tengah lain di mana beliau dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja di sana.

Portal berkenaan turut memetik akhbar Singapuran Straits Times dan sumber lain berkata, Jho Low diberikan suaka pada Ogos lalu bawah Pengisytiharan Universal Hak Asasi Manusia dan Konvensyen Eropah berkaitan Hak Asasi Manusia.

Beliau dilaporkan ditawarkan suaka susulan tindakan Kerajaan Malaysia yang didakwa melakukan tindakan politik dan melanggar hak asasi manusia terhadapnya.

Sumber berkata, Jho Low kini dilindungi undang-undang antarabangsa seperti diperoleh penceramah bebas, Dr. Zakir Naik atas alasan mengelakkan mereka mendapat pertuduhan tidak adil di negara asal.

Jho Low dikehendaki di beberapa negara susulan peranannya dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Sebelum ini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) disalahgunakan daripada 1MDB.

Jho Low dituduh sebagai dalang transaksi wang haram yang disalurkan dari syarikat pelaburan negara itu.

Pada September lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Jho Low dipercayai berada di sebuah negara selepas ada pihak tertentu dipercayai melindungi ahli perniagaan itu. – Sinar Harian

Tags: 1MDBJho LowsuakaUAE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

05/03/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  Seorang pempengaruh media sosial pro-Palestin yang terkenal, Jackson Hinkle, mendakwa akaun beliau di platform X (Twitter) telah diharamkan...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd