• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jason Lo Dituduh Menceroboh, Salah Guna Dadah

oleh
19/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi tempatan dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan hari ini atas pertuduhan menceroboh sebuah rumah dan memasukkan dadah jenis “methamphetamine” dalam badannya.

Jason Jonathan Lo, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret.

Dia didakwa melakukan pencerobohan dengan memasuki sebuah rumah kediaman di Bangsar Park, Brickfields pada 10 malam, 30 Okt lepas mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan RM5,000 terhadap tertuduh.

Peguam Mardhiyah Siraj yang mewakili Lo memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menanggung keluarga.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Dis untuk sebutan semula kes.

Di depan majistret lain, Lo mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis “methamphetamine” ke dalam badannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tandas pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di Jalan Travers , Brickfields pada 5.15 petang 15 November lepas.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum bawah Seksyen 15(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan diwajibkan pengawasan bawah seliaan pegawai pemulihan tidak kurang dua tahun dan maksimum tiga tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohd Farid menawarkan jaminan RM5,000 manakala Mardhiyah yang mewakili Lo memohon jaminan rendah kerana anak guamnya menanggung ibunya yang mengidap tekanan darah tinggi.

“Anak guam saya merupakan bapa kepada tiga anak. Dia menjaga dua anak sementara seorang lagi anaknya dijaga oleh bekas isterinya dan nafkah ditanggung olehnya,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Dis untuk sebutan kes.

Tertuduh membayar wang jaminan tersebut.

Tags: ceroboh rumahdadahJason Lo
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd