• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Undi Kerana Marah Kerajaan – Mahathir

oleh
14/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai supaya tidak mengundi kerana marah kepada kerajaan sedia ada.

Sebaliknya, Perdana Menteri itu meminta mereka mengundi kepada parti yang akan membawa kebaikan kepada diri mereka.

Menurutnya, rakyat akan berasa rugi sekiranya mereka mengundi kepada parti dan calon yang tidak boleh berkhidmat kepada mereka.

“Pada 16 November ini, saya ingatkan anda jangan undi kerana marah (kerajaan)… Saya tidak tahu marah sebab apa… Kalau marah saya, marahlah sekarang.

“Kita hendak undi untuk kebaikan diri kita… Kalau kita undi orang tidak boleh berkhidmat kepada kita…kita rugi.

“Kita undi dia, dia dapat duit, kita dapat apa? Jangan silap pangkah dan mengundi orang tidak boleh berkhidmat kepada kita,” katanya pada program Ceramah Perdana PH sempena PRK Parlimen Tanjung Piai di tapak pasar malam Kukup Laut di sini malam ini.

Turut hadir Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan calon PH, Karmaine Sardini.

Dr. Mahathir berkata, rakyat Parlimen Tanjung Piai turut diingatkan tidak menembak kaki sendiri hanya kerana menolak calon pilihan parti kerajaan dek rasa marah.

“Sebab itu, saya fikir dalam PRK kali ini, pilihan yang ada adalah memilih calon PH, Karmaine Sardini kerana dia adalah wakil dipilih parti…dia diberi sokongan parti-parti dalam PH termasuk Parti Warisan Rakyat Sabah (Warisan),” katanya.

Beliau juga berharap lebih ramai pengundi yang berada di luar kawasan Parlimen Tanjung Piai untuk pulang ke kampung demi menunaikan tanggungjawab mengundi PRK Tanjung Piai.

“Saya harap pengundi keluar beramai ramai… yang duduk luar baliklah.

“Ramai ada di Johor, Singapura, Kuala Lumpur dan tempat lain… saya harap mereka balik undi demi kebaikan (Parlimen) Tanjung Piai,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapanPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd