• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalur Gemilang Bintang 5: Polis Sudah Panggil MABA

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah memanggil Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Lua Choon Hann ekoran pemaparan bendera kebangsaan Jalur Gemilang yang mempunyai bintang pecah lima pada majlis perasmian kejohanan bola keranjang di Stadium MABA, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah memanggil Lua ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 8 pagi tadi untuk diambil keterangan.

Beliau berkata, Tan menjelaskan bahawa kejadian sedemikian bukanlah berpunca daripada pihak MABA sebaliknya pihak konsultan teknologi maklumat.

“Presiden MABA ada berjumpa dengan saya pagi tadi untuk memperjelaskan kejadian sebenar dan saya meminta beliau untuk buat laporan polis di Balai Polis Tun H.S Lee.

“Pihak konsultan berkenaan juga dipanggil dan disiasat sekiranya kejadian ini mempunyai motif tertentu sama ada disengajakan atau sebaliknya,” katanya pada sidang akhbar selepas istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), di sini.

Beliau berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes itu.

Selain itu, Mazlan juga menasihatkan mana-mana pihak perlu memeriksa dan memastikan spesifikasi Jalur Gemilang sempurna untuk sesuatu majlis atau acara rasmi.

Hari ini, pihak MABA mengeluarkan permohonan maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang pecah lima ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Pada majlis penganugerahan itu, seramai 332 penerima PJPN yang terdiri daripada 207 pegawai kanan dan pegawai rendah polis Kuala Lumpur yang masih berkhidmat serta 125 pesara polis.

PJPN dianugerah kepada petugas-petugas polis sebagai menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian kepada negara semasa era darurat.

Tags: bendera malaysiajalur gemilangMABApolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai murid didakwa sudah tidak lagi memakai lencana besi Jalur Gemilang yang diberikan sebelum ini kerana rosak,...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd