• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Amri Saman Polis, Kerajaan Berhubung Siasatan Kehilangan

oleh
18/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Isteri kepada aktivis Perlis, Amri Che Mat menyaman kerajaan, polis, menteri dalam negeri dan yang sebelumnya, dan 17 yang lain berhubung tindakan dan tingkahlaku polis dalam siasatan ke atas kehilangan suaminya tiga tahun lalu.

Tuntutan Norhayati Mohd Ariffin difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Norhayati dalam tuntutannya juga menamakan beberapa pegawai dan bekas pegawai polis termasuk bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar dan Fuzri Harun, dan bekas ketua penolong pengarah Awaludin Jadid yang mengetuai bahagian risikan Cawangan Khas yang tumpu kepada isu agama dan sosial.

Dakwaan Norhayati terhadap defenden termasuk pelanggaran undang-undang, pelanggaran kewajipan statutori, tort misfeasans, dan kecuaian dalam kewajipan berjaga-jaga dan pelanggaran standard penjagaan.

“Bulan ini genap tiga tahun sejak Amri dirampas dari kami; tetapi saya masih tidak tahu di mana beliau berada dan sama ada Amri masih hidup,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan peguamnya.

“Dari awal lagi, memang jelas saya nampak polis secara aktif gagal untuk menyiasat kehilangan suami saya.

“Akibat kegagalan ini, terutamanya pada hari-hari awal yang kritikal, suami saya tidak dapat dijumpai atau diselamatkan dari penculiknya.”

Amri, yang merupakan pengasas bersama sebuah NGO, Perlis Hope hilang sejak 24 November 2016.

Terdapat cadangan mengatakan dia disasarkan kerana dakwaan kecenderungannya kepada Syiah, fahaman yang dilabel sebagai “sesat” oleh pihak berkuasa Islam.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengisytiharkan dia dan Pastor Raymond Koh, yang juga hilang, mangsa kehilangan paksa – jenayah terhadap kemanusiaan bawah Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa – selepas mengadakan satu inkuiri selama setahun di mana 40 saksi memberi keterangan.

Suhakam juga mempertanggungjawabkan Cawangan Khas Bukit Aman atas kehilangan itu, dakwaan yang dinafikan polis.

Norhayati berkata “kegagalan berterusan” polis untuk menjalankan siasatan yang sewajarnya pada bulan-bulan berikutnya boleh dikata memperkukuhkan lagi “konspirasi senyap” yang didakwanya melindungi penculik-penculik dan menyembunyikan nasib dan keberadaan Amri.

“Itulah sebabnya saya dan anak-anak saya mengalami penderitaan dan kesengsaraan yang serius sejak penculikan Amri,” tambahnya.

Peguamnya Surendra Ananth berkata 21 defendan yang disenaraikan dalam tuntutan Norhayati semua didakwa bertanggungjawab, sama ada secara langsung atau tidak, kerana kegagalan menyiasat kehilangan Amri.

“Ini pencabulan hak keluarga untuk suatu siasatan yang berkesan, yang merupakan hak yang dijamin bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah pendirian kami tingkah laku defendan-defendan dari tarikh penculikan Amri sehingga pembentukan pasukan petugas khas oleh menteri dalam negeri pada 26 Jun 2019 adalah pelanggaran hak tersebut dan ini merupakan salah laku sivil yang boleh menimbulkan tindakan mahkamah (actionable torts).”

Surendra menambah tuntuan Norhayati terhad kepada aspek siasatan sebelum pembentukan pasukan petugas. – FMT

Tags: aktivisamri che matkes kehilangankes saman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd