• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Tawar 300 Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia

oleh
14/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Kerajaan India menawarkan biasiswa penuh kepada 300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Beliau berkata, perkara itu disampaikan kepadanya oleh Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Dr. Ramesh Pokhriyal Nishank dalam pertemuan mereka pada Rabu, di luar Sesi ke-40 Persidangan Am Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di sini.

Menyifatkan pertemuan itu sebagai konstruktif dan membuahkan hasil, Maszlee berkata tawaran itu meliputi 200 biasiswa di bawah program Pengajian di India bagi mahasiswa meneruskan pengajian dalam pelbagai bidang di India, manakala bakinya ditawarkan kepada 100 pelajar lepasan ijazah untuk mengikuti subjek Teknologi Maklumat di universiti berprestij mereka.

“Pertemuan dengan menteri paling kanan dalam kabinet India ini sangat berhasil. India bukan sahaja mahu memperbaharui kerjasama Malaysia-India dalam bidang pengajian tinggi, tetapi juga menjalin kerjasama lebih erat dalam bidang berkenaan,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu.

Selain India, Maszlee turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pendidikan Azerbaijan, Jeyhun Bayramov, yang menunjukkan minat untuk belajar daripada Malaysia tentang cara untuk menyediakan Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025, yang disifatkannya sebagai komprehensif dan holistik dalam semua perkara berkaitan pendidikan negara.

“Beliau (Bayramov) berminat untuk meneroka lebih banyak kerjasama dengan Malaysia selepas beliau berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ke-18 pada Oktober lepas.

“Beliau berminat dengan sistem pendidikan kita dan meninjau peluang untuk menghantar pelajar dari negara itu meneruskan pengajian peringkat siswazah di Malaysia,” katanya, dan menambah, Malaysia tidak lama lagi akan mempelawa Azerbaijan untuk meneroka lebih banyak peluang pendidikan di Malaysia.

Undangan oleh wakil daripada Pasukan Petugas Antarabangsa Guru Bagi Pendidikan 2030 disampaikan kepada Maszlee untuk menghadiri mesyuarat meja bulat bersama-sama Menteri Pendidikan pada Forum Dialog Dasar ke-12, yang akan berlangsung Disember ini, di Emiriah Arab Bersatu.

Tags: biasiswa luar negaraIndiapelajar Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd