• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Sawit Meningkat, MB Johor Pertahan Calon PH

oleh
06/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mempertahankan kenyataan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Karmaine Sardini bahawa harga kelapa sawit pada masa ini adalah lebih tinggi.

Ini kerana menurutnya pada bulan lepas, harga komoditi itu telah naik sehingga RM350 satu tan, sekaligus menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini sudah pun melakukan yang terbaik untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Jadi, kita semua kena peka, kena maklum dan kena tahu. Jangan menggelabah terutama bagi pemimpin-pemimpin kita. Kita kena bersyukur bahawa kerajaan membuat yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita pada kempen PH di Pusat Daerah Mengundi Peradin, Teluk Kerang di Kampung Belokok di sini, malam tadi, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Karmaine baru-baru ini berhubung kejatuhan harga komoditi berkenaan.

Baru-baru ini, Karmaine dilaporkan menyebut bahawa rakyat sepatutnya bersyukur kerana semasa pentadbiran Barisan Nasional harga sawit pernah jatuh ke paras RM84 bagi satu tan.

Sementara itu, mengulas dakwaan bahawa terdapat segelintir nelayan di Tanjung Piai masih belum menerima wang sagu hati atau wang ihsan daripada kerajaan seperti yang pernah dinikmati ketika zaman BN, Sahruddin berkata akan ada berita mengenai perkara itu selepas mesyuarat exco kerajaan negeri, hari ini.

Tags: harga sawitkelapa sawitpakatan harapanPRK Tanjung Piai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Johor Merosot Tangga Keenam Ketika Ditadbir PH, Onn Hafiz Pulihkan Ekonomi Johor

Ekonomi Johor Merosot Tangga Keenam Ketika Ditadbir PH, Onn Hafiz Pulihkan Ekonomi Johor

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata prestasi ekonomi Johor yang kembali mencatatkan pertumbuhan tertinggi...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd