• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diperintah Bela Diri Bukan Bermakna Najib Bersalah – Khairy

oleh
11/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Meskipun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperintahkan untuk membela diri namun itu bukan bermakna beliau bersalah, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, prinsip tersebut akan terus terpakai sehinggalah kes perbicaraan selesai sepenuhnya dan hukuman dijatuhkan.

“Walaupun Datuk Seri Najib diperintahkan untuk membela diri namun ia tidak bermakna beliau didapati bersalah jadi prinsip itu akan terus terpakai sehingga kes ini selesai,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu hari ini diperintah membela diri selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan wujudkan kes prima facie bagi ke semua tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Sementara itu berhubung satu lagi keputusan mahkamah yang menolak usul daripada seorang peguam untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular sebagai tidak berparlimen jelas Khairy, semua pihak harus menerima kerana tafsiran Perlembagaan hanya boleh dibuat di mahkamah.

“Saya belum baca tetapi saya merasakan mahkamah adalah tempat terbaik untuk putuskan dan sekiranya mahkamah sudah buat keputusan bahawa kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan tidak melanggar undang-undang maka kita kena terima sebab tafsiran Perlembagaan hanya boleh dibuat di mahkamah,” tegasnya.

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini menafikan kebenaran kepada peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz untuk mencabar kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang menurutnya bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Keputusan itu dibuat Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed.

Pada 23 Oktober lalu Khairul Azam memfailkan satu usul di bawah Perkara 4 (3) Perlembagaan Persekutuan memohon perisytiharan terhadap pindaan Akta Pendidikan 1996 untuk membenarkan sekolah vernakular terus wujud sebagai tidak berperlembagaan. – Sinar Harian

Tags: Khairy JamaluddinNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd