• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Kubur Tepi Jalan, Elak Orang Buang Sampah

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Bagi mengelak longgokan sampah di tepi jalan daripada terus berlaku, penduduk kampung membina kubur di kawasan itu bagi mengatasi masalah tersebut.

Lokasi itu dipercayai di Kampung Panji Alam selepas pemilik akaun Man Fazli memuat naik statusnya di Facebook.

Man Fazli turut memuji keberanian penduduk dan tindakan mereka itu disifatkan satu tindakan bijak dan berani.

“Bijak sungguh idea yang tukang buat ni, bersih terus. Dengar-dengar lokasi kat ‘area’ kampung Panji Alam,” tulisnya.

Dalam pada itu, Man Fazli juga memuat naik gambar sebelum dan selepas pembinaan kubur itu, sekali gus menunjukkan kawasan itu bebas dari kotoran sampah sarap.

Lebih menarik perhatian, kawasan tersebut diletakkan sepasang batu nisan seolah-olah kubur sebagai inisiatif tiada lagi orang membuang sampah di kawasan tersebut.

Ternyata idea itu membuahkan hasil dan rata-rata netizen menyokong usaha murni penduduk memelihara kebersihan persekitaran kampung tersebut.

“Geliga (bijak) orang Terengganu,” tulis Nursyuhada.

Kata Tihani Puteri, “Hahaha, tadi lalu balik sekolah anak siap tanya lagi siapa mati situ.”

Menurut Addy Aidi, “Kejut lalu kok sini semalam. Ingat ke betul.” – Sinar Harian

Tags: buang sampahkuburTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd