• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Mati Dicekik, Ibu Kritikal Ditikam

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan meninggal dunia dipercayai dicekik manakala ibunya kritikal selepas dipercayai ditikam dengan pemutar skru dalam kejadian di sebuah apartmen di Batu Caves di sini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi pada 14 November itu, bayi berusia tiga minggu bersama ibunya berusia 42 tahun dipercayai diserang seorang wanita yang mendakwa ibu berkenaan mempunyai hubungan dengan suaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, bayi itu dilapor tidak sedarkan diri ketika ditemui manakala ibunya cedera parah di kepala.

“Kedua-duanya dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan bayi itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi, Selasa (19 November).

“Ibunya yang cedera di bahagian kepala pula masih lagi koma,” katanya kepada pemberita hari ini berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Fadzil berkata, sepasang suami isteri berusia 27 dan 25 tahun bersama pembantu wanita berusia 19 tahun ditahan pada hari kejadian bagi membantu siasatan dan mereka direman sehingga Ahad untuk siasatan lanjut.

“Polis turut merampas pemutar skru yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Fadzil berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit bertindak menyerang ibu berkenaan kerana cemburu.

Tags: bayi dicekikDITIKAMmeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd