• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tidak Mahu Terburu-Buru Ganti Mahathir

oleh
25/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Saya tidak mahu terburu-buru mengambil alih jawatan Perdana Menteri kelapan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada kira kira 1,000 peserta di Konvensyen Reformis 2019, Anwar berkata, beliau akan memberi ruang kepada Dr. Mahathir untuk mengurus dan memulihkan ekonomi negara terlebih dahulu.

“Saya pilih jalan yang aman, tidak mahu berlaku suasana kecoh. Saya mahu beri ruang padanya (Dr. Mahathir) tadbir urus dengan rakan-rakan kita di Kabinet untuk memulihkan ekonomi supaya transisi itu berlaku dengan baik. Ini pendirian saya.

“Saya minta semua, baik Otai Reformis, ahli-ahli Keadilan (PKR) agar bersabar kerana keadaan tenang dan damai akan memudahkan saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri,” katanya pada konvensyen diadakan di Ideal Convention Centre itu.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok yang juga merupakan Pengerusi Otai 98, Dr. Idris Ahmad serta beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Anwar berkata, dalam Mesyuarat Presiden PH kelmarin juga, Dr. Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa Dr. Wan Azizah adalah Timbalan Perdana Menteri dan dirinya Perdana Menteri kelapan.

Katanya, kenyataan dan jaminan Dr. Mahathir itu sudah jelas dan berharap semua pihak agar dapat bersabar.

Anwar turut menegaskan bahawa beliau juga tidak gusar dengan segala tohmahan dari pihak tertentu kononnya ada pemimpin lain yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Dr. Mahathir.

“Yang akan tentukan saya menjadi Perdana Menteri kelapan bukan dua tiga kerat pemimpin ini (tetapi) yang tentukannya adalah rakyat,” katanya.

Sambil menyifatkan ia adalah suara-suara terpencil, beliau berkata, segala tohmahan itu tidak akan memberi kesan kepada peralihan kuasa antara beliau dengan Dr. Mahathir apabila sampai masanya nanti.

Sementara itu, mengulas mengenai isu rombakan Kabinet, Anwar berpendirian untuk tidak menerima sebarang jawatan sekiranya berlaku rombakan.

Katanya, beliau juga tidak pernah bercadang untuk menawarkan diri menyertai Kabinet sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan, menggantikan Dr. Mahathir.

“Saya tidak bercadang untuk menyertai Kabinet (Dr. Mahathir),” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadPerdana MenteriPKR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd