• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Tamatkan Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi Tetap

oleh
28/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Krisis kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memasuki episod baharu kali ini apabila jawatan Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhamad Mizan Adli Mohd Nor dan timbalannya, Mohd Ramly Ahmad ditamatkan menjelang Kongres Kebangsaan PKR.

Perkara itu didedahkan menerusi surat ditandatangani Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Ab Razak kelmarin dengan mengemukakan alasan penamatan dibuat kerana umur kedua-dua pemimpin itu telah melebihi 35 tahun seperti ditetapkan parti.

Selain itu, surat tersebut menyebut pengiraan pemilihan kedua-dua jawatan dibuat secara manual dan mendapati mereka menerima jumlah undi lebih tinggi daripada jumlah perwakilan yang layak mengundi.

Sementara itu, Muhamad Mizan dan Mohd Ramly dalam kenyataan bersama memaklumkan mahu penjelasan terperinci mengapa mereka dipecat dan menegaskan pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap sewajarnya diusulkan sewaktu kongres berlangsung.

“Hal ini juga telah melanggar Perkara 5.1 dan 5.3 peraturan parti di mana usia Pengerusi Tetap tidak terbatas hanya pada umur 35 tahun ke bawah atau dengan kata lain daripada had umur AMK. Perenggan 4.1 juga memberitahu Pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan bukan Ketua AMK.

“Selain itu, perenggan 42 dan 43 menyebut undi tidak termaktub ahli yang hanya boleh mengundi sekali sahaja, maka adalah logik jumlah bahawa undian tinggi kerana ia dilakukan di dalam dewan dalam keadaan yang tidak teratur oleh JPP,” kata mereka.

Sehubungan itu, Muhamad Mizan dan Mohd Ramly masing-masing mendesak agar Biro Politik Pusat PKR menyiasat perkara itu dengan profesional kerana ia melibatkan status sah di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

“Kita tidak mahu PKR juga bakal diharamkan seperti UMNO dan kami sekali lagi tidak teragak-agak untuk bangkitkan isu ini di media massa jika suara akar umbi tidak didengari.

“Kami dipilih oleh akar umbi dan sewajarnya keputusan diserahkan kepada mereka dan bukan kepimpinan jumud dan sempit yang pincang ideologi asal PKR,” ujar kedua-dua pemimpin AMK itu.

Keputusan penamatan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perselisihan isu perasmi Kongres Nasional AMK yang kebiasaannya dirasmikan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Namun sebaliknya kali ini disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun tindakan itu dibantah oleh 21 pimpinan sayap parti termasuk timbalan ketuanya, Hilman Idham.

Minggu lalu, PKR memecat serta-merta Ketua PKR Cabang Bera yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid dan seorang lagi ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi akibat salah laku rasuah dan suapan ketika pemilihan parti tahun lepas.

Pemecatan itu berlaku ketika isu antara kem Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin didakwa semakin panas.Kongres AMK dijadualkan berlangsung pada 6 Disember depan di Melaka International Trade Centre (MITC). – Sinar Harian

Tags: AMKMohd Ramly AhmadMuhamad Mizan AdliPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Johor akan terus menjadi benteng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd