Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

SMK Ayer Hitam Sekolah...

JERLUN – Persekitaran sekolah dengan landskap yang menghijau serta indah mampu memberi impak...

Beli Tanah RM2 Bilion:...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan pegawainya yang terlibat dalam urus...

Lelaki Dedah Isteri Curang...

KISAH keretakan rumah tangga bukan lagi menjadi suatu isu yang 'asing' di zaman...

Lebih Ramai Guru Sertai...

JASIN - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) mengambil inisiatif untuk menarik lebih...

American Airlines Tamat ‘Perkongsian Kod’ Dengan Malaysia Airlines

PETALING JAYA – American Airlines tidak lagi menawarkan “perkongsian kod” dengan Malaysia Airlines susulan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) menurunkan penarafan keselamatan udara Malaysia, baru-baru ini.

Menurut laman web perjalanan FlyerTalk, pengurus komunikasi korporat kanan American Airlines, Andrea Koos berkata keputusan itu dibuat bagi mematuhi penurunan penarafan oleh FAA.

“Kami bekerjasama dengan pelanggan yang terjejas untuk menempah semula jadual perjalanan mereka,” katanya.

Penurunan penarafan oleh FAA terhadap syarikat penerbangan Malaysia dikenakan dalam sekatan penerbangan dan semakan lain, walaupun Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengatakan ia tidak akan menjejaskan syarikat penerbangan, lapangan terbang atau perkhidmatan trafik udara tempatan.

CAAM juga berkata beberapa penemuan FAA yang membawa kepada penurunan, termasuk undang-undang, latihan dan obligasi, adalah “samar-samar”.

Menurut laporan itu, Malaysia Airlines tidak mengendalikan apa-apa penerbangan langsung ke Amerika Syarikat tetapi merupakan rakan kongsi “perkongsian kod” dengan American Airlines.


Menurut laman web View From The Wing, pelanggan American Airlines yang terjejas boleh memohon tempahan semula, sama ada dengan rakan Oneworld lain seperti Japan Airlines, Cathay Pacific atau Cathay Dragon, atau beralih tempahan mereka ke Malaysia Airlines.

CAAM berkata ini adalah kali pertama Malaysia diturunkan penarafannya sejak memegang status kategori 1 pada 2003.

Ia juga berkata ia yakin dapat menangani isu itu dalam tempoh 12 bulan dan mendapatkan semula kedudukan kategori 1.

Sebelum ini, Malaysia Airlines berkata beberapa perjanjian perkongsian kod dengan rakan-rakan untuk penerbangan ke dan dari AS boleh terganggu oleh penurunan penarafan keselamatan.

Kategori