• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Didakwa Cederakan Anjing Dengan Kejam

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas pertuduhan mencederakan seekor anjing dengan kejam pada Januari dan November lepas.

Pemandu peribadi, Amir Abd Salim Meor Lope, 51, dan pemandu lori, S Mathialakan, 55, selaku Orang Kena Saman (OKS), mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Berdasarkan pertuduhan, Amir didakwa dengan kejamnya mencederakan seekor anjing sehingga menyebabkan kesakitan yang tidak sepatutnya di belakang bengkel kereta tidak bernombor di Jalan Miri, Taman Beringin, Jinjang Utara di sini antara 4 dan 5 Januari lepas.

Mathialakan pula dituduh melakukan perbuatan sama di hadapan sebuah rumah, di Taman Maluri, di sini, pada 7.23 pagi, 10 November lepas.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum menurut Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pegawai pendakwa dari Jabatan Veterinar Wilayah Persekutuan, Hasiah Musa menawarkan jaminan masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua OKS.

Mathialakan yang diwakili peguam SI Rajah, manakala Amir Abd Salim yang tidak diwakili peguam, merayu jaminan rendah dengan alasan mereka penanggung utama keluarga.

Mahkamah membenarkan kedua-dua OKS masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Disember untuk sebutan semula kes.

Tags: anjingmahkamah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd