• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17,000 Pemandu E-Hailing Gagal Baharui Cukai Jalan

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seramai 17,000 pemandu e-hailing seluruh negara yang menggunakan kenderaan orang lain gagal memperbaharui cukai jalan sejak sebulan lalu.

Pengerusi Pertubuhan Pemandu Berasaskan Aplikasi Elektronik Malaysia (PPBAEM), Catherine Yee Kar Ting berkata perkara itu menyebabkan pemandu terlibat kehilangan mata pencarian.

“PPBAEM menerima maklum balas daripada ahli dan pemandu e-hailing lain bahawa mereka yang menggunakan kenderaan milik orang lain sama ada isteri, anak dan sebagainya tidak dapat membaharui cukai jalan sejak sebulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Catherine berkata meskipun perkara itu dibangkitkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), masih tiada tindakan diambil sehingga kini.

“Semakan kami dengan pihak syarikat e-hailing, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan JPJ menjuruskan isu ini di bawah bidang kuasa pihak JPJ dan sehingga kini pihak JPJ tidak dapat mengatasinya,” katanya.

Beliau memohon pihak berkaitan segera mengambil tindakan supaya masalah tersebut dapat diatasi.

“Kami mohon tindakan segera supaya kekangan dihadapi pemandu e-hailing ditangani serta-merta bagi membolehkan semua pemandu yang lulus Lesen Vokasional Malaysia (PSV) dan kenderaan diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dibenarkan untuk membaharui cukai jalan.

“Peraturan-peraturan kawal selia perkhidmatan e-hailing ini harus disemak,” katanya.

Tags: Cukai Jalan Kenderaane-hailingJPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd