• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 – 12 Februari Bicara Kes Tidak Hormat Lagu Negaraku

oleh
11/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 10 hingga 12 Februari tahun hadapan bagi perbicaraan kes membabitkan tujuh individu yang tidak menghormati lagu Negaraku.

Majistret Nuruhuda Mohd Yusuf menetapkan tarikh itu bagi perbicaraan kes tersebut ke atas Leong Shaow Tung, 43, Kon Tai Keong, 37, Bong Sak Sin, 44, Andrew Chong, 33, Phang Ngin Pen, 64, Tan Kok Chiang dan Kui Ping Ping masing-masing berusia 46 tahun.

Menurut kertas pertuduhan, kesemua mereka tidak berdiri sebagai tanda hormat ketika lagu Negaraku berkumandang dalam satu majlis makan malam di Hotel Telang Usan pada pukul 7.15 malam 27 September lepas.

Tertuduh yang terdiri daripada seorang wanita dan enam lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968, yang dibaca sekali di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 atau penjara tidak melebihi sebulan, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Arthur Lee dan Ian Lee Yi Eng manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya, Nurfadzlin Hafiz Musa.

Pada 11 Oktober lepas, ketujuh-tujuh mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit.

Tags: lagu kebangsaanlagu negarakusarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Komik Propaganda: Polis Temu Bual Pakar Sejarah Esok

Next Post

SRC: Najib Diperintah Bela Diri

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

SRC: Najib Diperintah Bela Diri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd