• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zizan Dipuji Netizen Bantu Orang Awam Di Jalanan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon Zizan Razak dipuji netizen kerana membantu seorang pemandu yang tertidur ketika berada di persimpangan lampu isyarat. 

Kejadian berlaku Ahad lalu ketika Zizan, 35, berada di Georgetown, Pulau Pinang atas urusan kerja.

“Cerita dia semalam (kelmarin) ketika Zizan dan pasukan ZRFF dalam perjalanan ke tempat kerja, ada seorang sahabat yang mungkin terlalu penat lalu tertidur dalam kereta.

“Apa yang menariknya apabila berlaku kejadian begini, semua bangsa bersatu menghulurkan bantuan. Tidak kira Cina, Melayu dan India.

“Tahniah dan terima kasih buat semua yang memberikan kerjasama luar biasa,” tulisnya. 

Dalam kiriman video menerusi Instagramnya, Zizan dan beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian memecahkan cermin belakang kereta berkenaan sebelum berjaya menyelamatkan pemandu itu.

Zizan turut memberi nasihat kepada orang ramai agar banyakkan berehat supaya kejadian seperti itu tidak berulang.

“Kepada sahabat kita, Zizan nasihatkan supaya banyakkan berehat dan jangan bekerja lebih masa,” katanya.

Tindakan Zizan yang membantu lelaki tersebut mendapat komen positif daripada peminatnya.

“Alhamdulillah. Terbaik Zizan. Buat baik, Insya-Allah Allah akan balas yang lebih baik untuk Zizan dan rakan-rakan,” tulis seorang pengguna Instagram. – K! ONLINE

Tags: bantuanNetizenorang awamZizan Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Poster Lama Helmy Duyong Cuit Hati Netizen

Poster Lama Helmy Duyong Cuit Hati Netizen

29/10/2026
0

MELAKA - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mencuit hati netizen apabila berkongsi...

Netizen Puji Keberanian Pelajar Peluk Rakan Bersenjata Kapak, Lindungi Guru

Netizen Puji Keberanian Pelajar Peluk Rakan Bersenjata Kapak, Lindungi Guru

22/10/2026
0

KUCHING - Tindakan seorang pelajar tidak melarikan diri, sebaliknya membantu melindungi gurunya dengan memeluk seorang pelajar lain yang bertindak menyerang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd