• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Azizah Kurnia Sumbangan Mangsa Taufan Hagibis

oleh
23/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam berkenan mengurniakan sumbangan peribadi baginda kepada mangsa Taufan Hagibis, yang membadai Jepun, baru-baru ini.

Tunku Azizah mengurniakan sumbangan itu pada Majlis Perjumpaan Bersama Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) Jepun yang berlangsung di sebuah hotel di sini.

Pada majlis itu, Tunku Azizah yang juga Penaung Diraja WAGGGS, turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan 66 ahli Pandu Puteri Jepun.

Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berada di sini, selepas berkenan memenuhi undangan Kerajaan Jepun untuk menghadiri Upacara Pertabalan Maharaja ke-126 mereka, Maharaja Naruhito di Istana Imperial, semalam.

Taufan Hagibis yang membadai negara matahari terbit itu pada 12 Oktober lalu, dilaporkan mengorbankan lebih 70 mangsa.

Kejadian itu menyebabkan Kerajaan Jepun memutuskan untuk menangguhkan acara perarakan Maharaja Naruhito yang sepatutnya berlangsung selepas tamat upacara pertabalan, kepada 10 November ini.

Maharaja Naruhito, 59, dimasyhurkan pada 1 Mei lalu, bagi menggantikan ayahanda baginda Maharaja Akihito, 85, yang melepaskan takhta atas faktor kesihatan, sekaligus menjadi Maharaja pertama berbuat demikian.

Tags: jepunsumbangantaufan hagibisTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd