• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Aliran Sastera Atau Sains Tahun Depan

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelajar Tingkatan Empat tahun depan tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perbezaan antara dua aliran itu tidak lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

“Pelajar boleh memilih subjek mengikut minat dan kecenderungan masing-masing, pihak sekolah pula akan mengaturkan kelas mengikut pilihan subjek oleh pelajar,” katanya kepada Sinchew Daily.

Nie Ching berkata, penilaian pelajar dalam kelas dan keputusan PT3 mereka juga boleh dijadikan rujukan dalam pemilihan subjek.

“Guru kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu pelajar membuat pilihan,” katanya.

Tambahnya lagi, sekolah diberi autonomi untuk menyediakan subjek pilihan murid berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan sekolah dan sumber tenaga pengajar.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pernah mendedahkan aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan.

Usaha tersebut dicadangkan Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan untuk menambah baik sistem persekolahan di Malaysia.

Tags: aliran sainsaliran sasterapelajartingkatan empat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

Pelajar Perempuan Tingkatan Empat Dicekup Berkhalwat

Pelajar Perempuan Tingkatan Empat Dicekup Berkhalwat

30/09/2025
0

KULAI: Tiga pasangan termasuk pelajar perempuan Tingkatan Empat bersama pasangannya berusia 20-an ditahan kerana berkhalwat dalam operasi Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd