• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH: Mujahid Beri Asyraf Tempoh seminggu Mohon Maaf

oleh
01/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki diberi tempoh selama seminggu bermula hari ini untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik dakwaannya bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) telah melupuskan aset-aset strategi bernilai RM2.6 bilion termasuk RM1.8 bilion di dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Serti Dr. Mujahid Yusoff berkata, dakwaan-dakwaan konsisten Asyraf Wajdi kebelakangan ini terhadap TH, yang telahpun dinafikan syarikat itu, boleh menjejaskan kedudukan TH yang dalam proses pemulihan.

“Saya tak tahu apa sebenarnya hasrat dia menimbulkan persepsi ini dan saya mengibaratkan seperti Lebai malang, dia marah nyamuk, dia bakar satu kelambu.

“Sepatutnya penyatuan ummah, lepas tu muafakat nasional, kan nak bagi jaga supaya kepentingan negara itu dipelihara. Tapi dengan cakap-cakap begini dia telah menjejaskan kepentingan TH, dia cakap tu tak betul.

“Apa yang saya minta kepadanya, tarik balik kenyataan itu dan mohon maaf, jika tidak saya memikirkan opsyen lain sebab dia dah melampau dah, macam mana dia serang terbuka, saya minta dia minta maaf secara terbuka. Kalau dia tak buat kita akan memikirkan tindakan selanjutnya sebab konsisten dia menyerang TH dengan memburukkan kerajaan, selalunya dia guna untuk Pilihan Raya Kecil,” katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali Pertama 2019 di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Wlayah Persekutuan, Abd. Razak Mat Nayan; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohd. Al Bakri dan Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abd. Rahman.

Asyraf Wajdi dalam satu laporan mendesak Mujahid untuk segera mengemukakan penjelasan berkenaan penjualan aset-aset strategik TH bernilai RM2.6 bilion, termasuk keseluruhan pegangan saham TH dalam TNB bernilai RM1.8 bilion.

Beliau dilaporkan berkata, penjualan keseluruhan saham TH dalam TNB terutamanya adalah amat mengejutkan kerana TNB bukanlah syarikat bermasalah, bahkan salah sebuah syarikat paling stabil dari segi keuntungan setiap tahun.

Sebelum itu, menurut laporan portal Malaysia Reserve, TH telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion sejak tiga bulan lalu bagi mengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan pasaran ekuiti.

TH kemudian menjelaskan, pelaburannya dalam TNB telah bertambah sebanyak RM304 juta dalam tempoh 18 bulan lalu. Malah, nilai ekuiti domestik TH telah meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion pada penghujung 2018 kepada RM7.48 bilion setakat 27 September tahun ini.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, mana ada satu syarikat dalam tempoh tiga bulan boleh menarik RM2.6 bilion pelaburannya melainkan ia akan menimbulkan panik kepada pasaran.

“Perjalanan TH kini sudah pada landasan tepat setelah setahun kita (kerajaan) memulihkan syarikat itu, takkanlah nak buat perkara yang menjejaskan dia punya reputasi.

“Saya ulang balik, siapa yang masih bercakap benda itu, saya menganggap ia satu pembohongan dan persepsi itu jika diteruskan boleh menjejaskan nama baik dan imej TH,” katanya menambah setiap dakwaan terhadap TH telah dijawab.

Tambah beliau, Asyraf Wajdi boleh bertemu dengannya sekiranya inginkan penjelasan mengenai kedudukan TH dan tidak perlu membuat penjelasan di dalam akhbar.

“Dia kalau nak minta penjelasan tak payah lah nak buat penjelasan dalam surat khabar, marilah jumpa saya, dia pun pernah duduk pejabat saya dulu, takkan lah dia lupa dah tempat yang saya duduk sekarang. Mari tanya betul ke tak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Asyraf WajdiMujahid Yusof RawaTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

09/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO menafikan dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang tular di media sosial hari...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd