Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Balas Pemilik Me’nate...

KONTROVERSI yang melanda selebriti sensasi, Azwan Ali nampaknya makin berpanjangan.Episod caciannya berlanjutan apabila dia...

Hari Kebangsaan: Ketepikan Perbezaan...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia harus mengetepikan perbezaan fahaman politik dan ideologi dan...

Nyaris Jatuh Tingkat 15,...

Novosibirsk (Russia) - Seorang lelaki yang tergelincir ketika mencuci tingkap kediamannya di tingkat...

‘Tiada Lagi Isolasi Jika...

PUTRAJAYA : Pemansuhan prosedur pengasingan bagi mana-mana individu yang didapati menjadi kontak rapat...

Suspek Bunuh Kerat 8 Ditahan Polis

MELAKA – Polis hari ini telah menahan seorang lelaki warga Singapura disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam yang berlaku di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, suspek ditahan dengan kerjasama polis Singapura, berdasarkan hasil maklumat risikan di tempat kejadian yang dipercayai berlaku dekat rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya.

“Kita memohon waran tangkap di hadapan Majistret Melaka dan usaha untuk membawa suspek ke Malaysia sedang dijalankan.

“Siasatan lanjut akan diteruskan setelah tahanan reman ke atas suspek di perolehi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, siasatan khas telah dijalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati hanya sebahagian badan manusia sahaja dijumpai di kawasan semak.

“Berdasarkan maklumat risikan, tempat kejadian dipercayai berlaku di rumah milik mangsa iaitu rumah teres dua tingkat di Taman Merdeka Jaya.


“Pihak polis turut menjumpai kesan darah di bilik bawah kediaman tersebut dan percayai kes ini membabitkan seorang lelaki warga singapura yang ada kaitan dengan mangsa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, media sosial hari ini turut ditularkan berhubung laporan pembunuhan kejam oleh lelaki terhadap dua mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan ibunya berusia 27 tahun yang juga isterinya yang dikaitkan dengan penemuan mayat semalam.

Bagaimanapun, polis tidak mengesahkan kesahihan penularan kenyataan itu sebaliknya meminta media menggunakan kenyataan rasmi yang disediakan.

Petang semalam, polis menemukan mayat individu dipercayai lebih daripada seorang yang menjadi mangsa bunuh apabila bahagian tubuh ditemui berselerakan sekurang-kurangnya lapan bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong.

Kategori