• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suhakam Pertikai Kongres Maruah Melayu

oleh
07/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Lim Wei Jiet menyifatkan penganjuran Kongres Maruah Melayu semalam sebagai tidak relevan dengan salah laku yang pernah dilakukan para pemimpin negara terdahulu.

Menerusi ciapan dalam akaun Twitter miliknya, Lim Wei Jiet mempertikai beberapa perkara yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu dan golongan ahli akademik sewaktu negara dilanda kemelut politik pra Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuklah isu tadbir urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, beliau turut menyindir pentadbiran Kelantan sebagai kerajaan yang menjalankan tadbir urus teruk sehingga gagal membekalkan air bersih untuk rakyatnya.

“Maruah Malaysia dikoyak-rabak di persada dunia akibat 1MDB. Maruah Malaysia sebagai negara berdaulat dinodai kerana kos projek mega melambung.

“Maruah beberapa negeri dicemar sehinggakan tiada akses kepada air bersih akibat tadbir urus buruk. Di mana suara profesor seperti Zainal Kling ketika itu?” katanya hari ini.

Malah, kenyataan yang dikeluarkan itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan kongres berkenaan dan menggelarnya sebagai retorik pemimpin.

“Seseorang yang berani bersuara terhadap ketidakadilan walaupun kerjaya, periuk nasi dan hubungan sosial akan dikorbankan, itu adalah maruah yang sejati dan tulen.

“Setakat beretorik, di hadapan penyokong sendiri, maaf, itu jauh sekali daripada konsep ‘maruah’,” sindirnya.

Semalam, kongres dianjurkan di Stadium Melawati, Shah Alam itu dihadiri beberapa pemimpin berbeza parti politik termasuk Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi kongres itu, lima resolusi berjaya dihasilkan sebagai suara orang Melayu iaitu politik, pendidikan, ekonomi, budaya dan agama. – UTUSAN ONLINE

Tags: kongres maruah melayuSuhakam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

07/09/2023
0

SEMPORNA - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM), dan Suruhanjaya Hak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd