• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha Sulit Kanan Kor Ming Lapor Polis Terhadap Najib

oleh
03/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Setiausaha Sulit Kanan Nga Kor Ming, Tan Tiong Yih hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan merujuk kepada hantaran beliau dalam Facebook yang didakwa memfitnah Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu.

Ia berkaitan isu penghinaan terhadap Sultan Selangor membabitkan tanda jalan, dimuat naik dalam Facebook Nga Kor Ming Super Fans yang didakwa fitnah.

Tiong Yih dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan polis tersebut telah dibuatnya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini berikutan tohmahan fitnah jenayah Najib mengguna pakai berita palsu terhadap Kor Ming.

Tiong Yih mendakwa, niat Najib memfitnah Kor Ming adalah cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dengan menghasut orang Melayu untuk membenci masyarakat Cina sekali gus ia jelas mencerminkan sikap peribadi Najib sendiri.

Menurut Tiong Yih, selain laporan polis, pihaknya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta merujuk perkara itu kepada penasihat undang-undang supaya tindakan perundangan wajar diambil terhadap Najib.

“Setelah carian dibuat atas talian, hantaran kontroversi yang dirujuk oleh Najib sebenarnya dimuat naik oleh pihak ketiga iaitu laman bernama ‘Yu Xi Wan Yak’ yang langsung tiada kaitan dengan Nga Kor Ming mahupun parti DAP. Keterangan ini telah diberikan kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

“Kita juga berasa terkejut kerana bukan sahaja ada pihak tidak bertanggungjawab menyamar (dengan menggunakan) nama Nga Kor Ming tetapi kini juga terbukti wujud konspirasi jahat musuh politik yang telah mewujudkan beberapa ‘mirror page’ dengan mengguna pakai nama, reka bentuk mahupun kandungan serupa tetapi jelas adalah palsu,” katanya dalam kenyataan tersebut di sini hari ini.

Tambah beliau, setelah carian dibuat, terdapat tidak kurang dari tiga laman bernama ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ tetapi ia bertujuan memesong orang awam serta mencemar nama baik serta reputasi Kor Ming dan juga DAP. 

Beliau mendakwa, ‘mirror page’ palsu tersebut sebenarnya bukan daripada penyokong Pakatan Harapan tetapi sebaliknya memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, Kor Ming ketika ditemui pada majlis penyampaian peruntukan khas cek Kementerian Pendidikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tanjung Rambutan, enggan mengulas sebarang komen ketika ditanya sama ada beliau telah membuat laporan polis.

“No comment. I know what you want to ask, so no comment (Tiada komen. Saya tahu apa yang anda hendak tanya, jadi tiada komen). 

“Sebenarnya pagi ini Setiausaha Sulit Kanan saya telah mengeluarkan kenyataan, jadi boleh semak semua ada, gambar, bukti semua ada,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: laporan polisNajib Tun RazakNga Kor Ming
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata bukan sahaja mencemarkan...

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' membuat tiga laporan polis susulan insiden membabitkan dirinya termasuk kes terbaharu di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd