• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Malu Kalau Bahasa Inggeris Tidak Betul” – Tunku Azizah

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali mencuri tumpuan warga media sosial apabila mengulas mengenai isu penguasaan bahasa Inggeris di negara ini.

Baginda menerusi Twitter rasmi @cheminahsayang semalam mengakui tidak malu apabila salah dalam penggunaan bahasa Inggeris kerana ia bukanlah bahasa ibunda baginda.

“Ada masa bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau bahasa Inggeris saya tidak betul, saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya. Saya anak Melayu,” titah baginda.

Tunku Azizah turut menambah di ruang komen posting tersebut.

“Pernah dengar tak orang Siam, Indonesia dan Filipina cakap orang putih? Sedap je slang mereka,” tulis Permaisuri.

Baru-baru, isu penguasaan bahasa Inggeris itu menjadi tular setelah satu tweet dimuatnaik oleh pelakon Maya Karin.

Maya memuat naik satu tweet mengenai pengalamannya yang bertanya soalan asas dalam bahasa Inggeris kepada seorang budak perempuan berusia 10 tahun di Terengganu.

Bagaimanapun katanyam soalan itu hanya dijawab budak perempuan berkenaan selepas dia bertanya dalam bahasa Malaysia.

Selain itu, Maya turut menyebut nama Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk berbuat sesuatu mengenai situasi itu. – MalaysiaGazette

Tags: Bahasa InggerisRaja Permaisuri AgongTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

02/03/2025
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengisytiharkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika Syarikat (AS), sebagai langkah untuk membawa...

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd