• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Ada Hak Luahkan Pendapat” – Ramasamy

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap artikel bertajuk ‘Kerajaan Baharu Tapi Polis Pada Takuk Lama – Ramasamy’ dan ‘Who Am I, terorist atau pendamai’ yang disiarkan dalam portal tempatan.

Ramasamy tiba pada jam 9.50 pagi dengan menaiki kereta jenis Toyota Vellfire berwarna putih dan ditemani peguamnya, K Ragunath.

Menurutnya, beliau berharap dan tidak rasa bahawa siasatan polis itu membabitkan campur tangan politik.

“Saya datang bagi membantu siasatan berhubung siasatan polis terhadap dua artikel berkenaan yang sebelum ini disiar dua portal berita.

“Bagi saya, polis ada hak untuk mengambil keterangan dan saya pula ada hak untuk meluahkan pendapat kerana sebagai warganegara Malaysia, sesiapa pun berhak menulis atau berucap mengenai isu yang berlaku dan terpulang kepada polis untuk menganggap sama ada isu atau perkara dibangkitkannya yang disiarkan portal berita adalah bertentangan dengan undang-undang,” katanya ketika ditemui di luar pintu utama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Pada 17 September lalu, Ramasamy dilaporkan berkata, bahawa beliau terkilan dan terkejut dengan insiden berbalas tembakan antara polis dan tiga perompak lelaki berbangsa India dari Batu Caves hingga ke Batu Arang yang berlaku 14 September lalu.

Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Prai juga tertanya-tanya dengan insiden itu sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

Terdahulu dalam kejadian jam 5 pagi pada 14 September lalu polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai aktif melakukan samun pecah rumah di Kilometer 22, Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor.

Tags: Bukit AmanP. RamasamyPDRMpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd