• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambal Belacan Permaisuri Agong Semakin Popular

oleh
31/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas menjadi pilihan di Singapura, keenakan sambal belacan hasil air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semakin mendapat perhatian.

Kali ini, hidangan itu mendapat permintaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pula.

Perkara tersebut didedahkan oleh Tunku Azizah sendiri dalam laman Twitter baginda hari ini.

“Hari ini KDYMM Sultan Selangor minta saya sambal belacan,” tulis Tunku Azizah dalam laman Twitter yang menggunakan akaun cheminahsayang.

Sebelum ini, Tunku Azizah membuka rahsia bagaimana sambal belacan yang dihasilkannya menjadi kegemaran bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Tunku Azizah mendedahkan baginda adalah ‘pembekal rasmi’ sambal belacan kepada Kuan Yew satu ketika dulu.

Malahan ujar Tunku Azizah, sehingga kini bekalan sambal belacan masih disiapkan untuk pembesar republik itu kerana ia turut digemari oleh anak lelaki Kuan Yew, yang juga Perdana Menteri Singapura sekarang, Lee Hsien Loong.

“Telah lama saya ingin berkongsi (rahsia) ini dengan rakyat Malaysia. Saya pernah menjadi pembekal rasmi sambal belacan kepada Perdana Menteri Singapura… Datuk Lee Kuan Yew … dan kini pembekal kepada anaknya, PM Lee,” tulis baginda.

Namun ciapan terbaru baginda itu sekali lagi membuatkan netizen tidak keruan apabila rata-ratanya menyatakan keinginan untuk turut sama mencuba keenakan sambal belacan yang menjadi buah mulut ramai itu. – MalaysiaGazette

Tags: sambal belacanSultan Sharafuddin Idris ShahTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan

08/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Bukit...

Seolah-olah Isyarat Kemurkaan Yang Sangat Jelas – Firdaus Wong

Seolah-olah Isyarat Kemurkaan Yang Sangat Jelas – Firdaus Wong

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Pertama kali dalam hidup saya melihat Sultan atau Raja membuat kenyataan seperti ini dengan poster sebegini" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd