• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronnie Sedia Berdepan Jawatankuasa Disiplin DAP

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu bersedia berdepan dengan jawatankuasa disiplin parti itu susulan kenyataannya bersedia membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, beliau yakin dirinya tidak bersalah kerana kerana hanya bercakap mewakili rakyat.

“Dengan berbuat demikian saya dapat mengekalkan nilai-nilai demokrasi yang kita amalkan di DAP. Sama ada di hadapan jawatankuasa disiplin parti atau sebaliknya, saya akan terus mempertahankan hak kebebasan bersuara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan pandangannya itu tidak mewakili kedudukannya dalam DAP.

“Semua ulasan dan pendapat yang saya luahkan dibuat dengan tulus hati dan ia tidak mewakili pandangan parti. Oleh itu, tidak ada niat untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dalam gabungan PH dan pastinya bukan dalam parti yang telah saya berkhidmat selama bertahun-tahun.

“Banyak perkara yang saya bangkitkan juga adalah berdasarkan apa yang dinyatakan oleh masyarakat awam melalui media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Sungai Pelek turut mempertikaikan kenapa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali tidak dikenakan tindakan selepas beliau secara terbuka menentang perjanjian PH mengenai penyerahan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa pun keputusannya, saya akan tetap berpegang pada niat baik dan sebagai wakil rakyat melihat rakyat sebagai ketua saya,” katanya.

Ronnie turut mendakwa, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu mengikut model pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai sebuah parti dominan Melayu untuk mengawal pakatan itu.

Beliau tidak boleh membenarkan PH tidak menunaikan janji yang dibuat terutama dalam manifesto sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Rakyat tidak berpuas hati dengan Dr. Mahathir apabila senarai janji PH tidak dipenuhi seperti janji berkaitan Lynas, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), penghapusan tol, pinjaman PTPTN, royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurutnya, Dr. Mahathir tidak boleh bertindak secara sepihak terutama berkait isu yang memberi kesan ke atas keyakinan rakyat terhadap PH.

“Sebagai contoh, India telah mengambil keputusan untuk memboikot minyak kelapa sawit negara. Ini akan membantutkan ekonomi negara terutamanya jika China juga bertindak sama susulan kenyataan Dr. Mahathir mengenai ketua eksekutif Hong Kong, Carrie Lam,” katanya.

Semalam, Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook berkata, Ronnie akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti berhubung kenyataannya sebelum ini.

Loke berkata, tindakan Ronnie merupakan satu tindakan sabotaj yang serius dengan tujuan menjejaskan kestabilan dan memecahkan perpaduan dalam Kerajaan PH.

Selasa lalu, beliau membidas prestasi Dr. Mahathir dan berkata, sekiranya Pengerusi Bersatu itu cuba memecahkan PH, parti DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), Warisan dan Upko masih boleh bergabung dan membentuk kerajaan baru tanpa PPBM. – Sinar Harian

Tags: BERSATUDAPMahathir Mohamadpakatan harapanRonnie liu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

PH Melaka Secara Rasmi Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri

PH Melaka Secara Rasmi Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri

16/07/2026
0

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka tetap dengan keputusan menarik diri daripada kerajaan Melaka selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd