• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramasamy Dakwa Artikel Diterjemah Salah

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy kecewa dengan laporan sebuah portal yang didakwa menyeleweng kenyataannya bertajuk ‘Kerajaan Baharu Tapi Polis Pada Takuk Lama – Ramasamy.’

Terdahulu, beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 9.50 pagi semalam dengan menaiki kereta jenis Toyota Vellfire putih dan ditemani peguamnya, K Ragunath sebelum keluar kira-kira jam 1.55 petang.

Ramasamy berkata, keterangan beliau telah dirakam polis bagi membantu siasatan terhadap isu terbabit.

Jelasnya, maksud asal beliau dalam artikel itu dan cara diterjemahkan oleh penyiar adalah sedikit menyeleweng sekali gus tidak bersetuju dengan terjemahan yang menggambarkan kritikan terhadap polis.

“Kesemuanya saya telah jawab dan tidak ada sedikit pun yang hendak disembunyikan,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Ramasamy berkata, maksud asal beliau dalam artikel terbabit dan cara diterjemahkan oleh penyiar adalah sedikit menyeleweng.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan terjemahan yang menggambarkan kritikan terhadap polis.

Pada 17 September lalu, Ramasamy dilaporkan berkata, beliau terkilan dan terkejut dengan insiden berbalas tembakan antara polis dan tiga perompak dari Batu Caves hingga ke Batu Arang yang berlaku 14 September lalu.

Terdahulu, dalam kejadian jam 5 pagi pada 14 September lalu, polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai aktif melakukan samun pecah rumah, di Kilometer 22, Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan Ramasamy selesai memberi keterangan dan telah memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh merakam keterangannya selama empat jam.

Ditanya sama ada polis akan memanggil Ramasamy memberi keterangan kali kedua, Mior Faridalatrash berkata, ia bergantung kepada siasatan pihaknya. – Sinar Harian

Tags: P. RamasamyPDRMpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd