• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Motif Serangan Pos Kawalan

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti suspek terbabit kes serangan mercun roket di kawasan pos kawalan sempadan Padang Besar 19, dekat Perlis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata ketika ini, pihaknya tidak dapat mengesahkan suspek berasal dari Thailand atau terbabit dengan sebarang kes penyeludupan.

“Saya tidak dapat dedahkan suspek kerana siasatan masih dilakukan, tidak boleh tuju (sahkan) warga Thailand atau warga dari negara lain.

“Apa yang pasti, ada berlaku (serangan) mercun di pos kawalan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Sistem E-Pengambilan PDRM, di Bukit Aman, di sini, hari ini.

BH melaporkan pos kawalan sempadan itu diserang menggunakan mercun roket dipercayai dilakukan oleh warga Thailand.

Tindakan itu dikaitkan dengan kumpulan penyeludup yang dipercayai tidak puas hati dengan penguatkuasaan pihak berkuasa Malaysia di sempadan.

Dalam kejadian pada jam 11.20 pagi, empat mercun roket dilepaskan dari arah pagar sempadan Malaysia-Thailand yang mana satu daripadanya meletup sehingga memecahkan cermin tingkap pos kawalan.

Mengenai isu basikal lajak, Mazlan berkata pihaknya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang cuai kerana membenarkan anak mereka mengubah suai basikal tanpa menepati aspek keselamatan.

“(Dalam hal ini), kita masih laksana (operasi) penguatkuasaan demi keselamatan pengguna jalan.

“Polis trafik akan pantau perkara ini dan tindakan akan diambil, banyak kesalahan (peruntukan undang-undang) boleh diambil terhadap individu terbabit tarmasuk ibu bapa,” katanya.

Semalam, Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.

Tags: Perlispolisserangan mercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd