• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Minta Keluarga Tahanan LTTE Bersabar

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis meminta keluarga tahanan yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) agar bersabar sehingga siasatan selesai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis masih menjalankan siasatan terhadap 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Melaka dan Negeri Sembilan yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Pasukan penyiasat sedang mempercepatkan siasatan supaya kertas siasatan dibawa kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya sama ada menolak kes itu atau mendakwa di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Sukan PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pada Selasa.

Abdul Hamid juga memberi jaminan keadaan tahanan adalah baik.

“Saya bersimpati perayaan Deepavali semakin hampir tapi tindakan pihak saya adalah untuk keperluan kepentingan dan keselamatan… bagi keluarga yang masih tidak berpuas hati, mohon bersabar.

“Saya jamin keadaan mereka sentiasa dijaga dan kami akan beri segala hak yang dibenarkan dalam undang-undang pada keluarga untuk melawat… kami akan berikan kemudahan itu,” katanya.

Sejak semalam, beberapa ahli keluarga tahanan berhimpun di hadapan Bukit Aman sebagai protes dan menggesa polis membebaskan tahanan bagi menyambut perayaan Deepavali.

Tags: Abdul Hamid BadorLTTEpengganaspolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd