• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Buat Onar, FIFA Denda Indonesia RM190,000

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menghormati keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mendenda badan induk itu sebanyak 45,000 Franc Swiss (RM190,000).

Denda itu susulan kekecohan yang ditimbulkan penyokong Indonesia pada aksi pertama Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lalu.

Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria berkata, PSSI akan membayar denda tersebut sambil mendedahkan badan induk itu akan menilai semula prosedur keselamatan di venue berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.

“PSSI berharap peristiwa pada 5 September lepas akan menjadi kejadian terakhir. Bola sepak harusnya menyatukan, mempromosikan keragaman budaya dan menyerukan sikap saling menghormati,” menurut Ratu Tisha dalam laman sesawang PSSI: www.pssi.org hari ini.

Beliau turut menyeru semua pihak berkepentingan dalam bola sepak Indonesia supaya bekerjasama dalam mewujudkan nilai murni dalam sukan berkenaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia sebelum ini membuat aduan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia dan FIFA susulan tindakan liar penyokong Indonesia yang dikatakan cuba menyerang dan menimbulkan provokasi terhadap pemain dan penyokong Malaysia selepas perlawanan berkenaan.

Pada perlawanan itu, Malaysia menewaskan Indonesia 3-2.

Tags: didendaFIFApenyokong indonesiaPSSI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siapa Bakal Juara Piala Dunia 2026? Ini Analisis Kuasa Besar Bola Sepak Dunia

Siapa Bakal Juara Piala Dunia 2026? Ini Analisis Kuasa Besar Bola Sepak Dunia

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR: Kejohanan FIFA World Cup 2026 dijangka menjadi edisi paling epik dalam sejarah bola sepak apabila buat pertama kalinya...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd