• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjualan Aset Khazanah Bukan Untuk Bayar Hutang Kerajaan

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil daripada pelupusan saham, aset dan kepentingan yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd. tidak pernah digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, Khazanah pada kebiasaannya akan menggunakan hasil tersebut untuk melabur dalam pelaburan baharu serta membayar hutangnya sendiri.

“Satu-satunya pembayaran yang diterima kerajaan daripada Khazanah adalah dalam bentuk dividen tahunan dan cukai,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) di Dewan Rakyat hari ini,

Tambah Azmin, dari Mei 2018 sehingga Jun 2019, Khazanah telah melupuskan aset-aset bernilai RM18.8 bilion yang mana RM3.2 bilion adalah pada 2018 manakala baki RM15.6 bilion dibuat dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Susulan itu, Khazanah berjaya mengurangkan hutangnya sebanyak RM8 bilion kepada RM47 bilion dan nilai tersebut dijangka berterusan sehingga kepada RM30 bilion-RM40 bilion dalam jangka masa sederhana.

“Kerajaan yakin Khazanah akan berada di kedudukan yang lebih baik untuk memperbaiki prestasi kewangannya dan terus menyumbang kepada ekonomi negara.

“Ini sejajar dengan Misi Wawasan Kemakmuran Bersama yang mana strategi pelaburan Khazanah akan disesuaikan menuju industri baharu yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan memberikan kesan langsung dalam merangsang ekonomi Malaysia, meningkatkan pendapatan rakyat dan membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi,” katanya.

Menurut Azmin, tindakan Khazanah untuk melupuskan aset-asetnya bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan dilakukan oleh firma-firma pelaburan strategik sama ada dalam atau luar negara.

Katanya, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Khazanah telah melupuskan 84 aset di antara tahun 2009 sehingga April 2018.

Hasil tersebut digunakan untuk membayar hutang sehingga menyebabkan pelaburan bukan strategik Khazanah mengalami kerugian selain untuk melindingi rosot nilai aset-asetnya.

Tags: jual asetkhazanah nasionalMohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan 2 ADUN DAP, Dikaitkan Dengan Pengganas Sri Lanka

Next Post

Agong Titah Rakyat Hayati Prinsip Rukun Negara

Related Posts

Azmin Gagal Batal Saman 10 Pengundi Gombak

30/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal membatalkan saman yang difailkan 10...

Pejuang Nafi Jemputan Sidang Akhbar Penyertaan Azmin

11/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Parti yang masih dalam proses pendaftaran, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menafikan jemputan sidang akhbar berhubung penyertaan...

Next Post

Agong Titah Rakyat Hayati Prinsip Rukun Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd