• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 ADUN DAP, Dikaitkan Dengan Pengganas Sri Lanka

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis hari ini menahan tiga lelaki termasuk dua ahli Dewan Undangan Negeri DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan, dipercayai ada hubungan dengan kumpulan pengganas Sri Lanka.

Ketika dihubungi FMT, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengesahkan penahanan mereka.

G Saminathan, merupakan Exco Kerajaan Negeri Melaka yang bertanggungjawab kepada portfolio sumber manusia dan Adun kawasan Gadek, dan Adun Seremban Jaya, P Gunasekaren, ditahan Bukit Aman pagi ini, bersama seorang pemimpin NGO India dari Perak.

Sumber berkata, mereka sedang disiasat kerana dipercayai ada hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kumpulan pemisah terlibat dalam perang saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka.

“Kami diberitahu mereka ditahan berhubung sambutan majlis ‘hari pahlawan’ yang mereka hadiri tahun lepas,” kata Ramasamy.

Difahamkan kedua-dua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata satu kenyataan akan dikeluarkan kemudian.

Dalam pada itu, penahanan Saminathan disahkan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, di Melaka.

“Ada maklumat seorang Exco ditahan pihak polis Bukit Aman. Secara dasar kerajaan negeri akan berurusan dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat punca beliau ditahan.

“Saya yakin, Yang Berhormat (Exco berkenaan) akan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan,” kata beliau dipetik BH Online.

Bagaimanapun, Adly tidak dapat menjelaskan punca Exco berkenaan ditahan.

LTTE yang diketuai V. Prabhakaran mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam, utara Sri Lanka apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil iaitu kumpulan minoriti.

Kempen keganasan LTTE menerima sokongan moral dan pembiayaan daripada ramai pihak termasuk diaspora Tamil yang bersimpati dengan nasib masyarakat Tamil di negara itu. Pertubuhan itu, yang kini dilaporkan tidak aktif selepas Prabhakaram terbunuh dalam operasi ketenteraan kerajaan Sri Lanka, pernah disenaraikan sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan di lebih 30 negara termasuk di Malaysia. – FMT

Tags: ADUN DAPLTTEPDRMpengganaswakil rakyat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

22/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan keputusan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan...

Wayang 1st Class DAP!

Wayang 1st Class DAP!

14/07/2026
0

Oleh Lim Sian See  Hei, DAP… kamu guna wayang yang sama di Johor beberapa bulan lalu, dan akhirnya kalah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd