• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur Debat Piala Tun Razak Mohon Maaf

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penganjur pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 di Seremban baru-baru ini memohon maaf berikutan kritikan terhadap tajuk debat yang menyentuh soal Islam dan al-Quran sehingga mencetuskan rasa tidak selesa kepada pihak terlibat.

Dalam kenyataan bersama Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal yang merupakan Ketua Pengadil berkata, usul debat berkenaan hanya bersifat hipotetikal dan bukannya cubaan untuk membawa ‘agenda liberal.’

“Usul ini dibuat bukan dengan niat untuk indoktrinasi kepada pendebat muda atau satu bentuk agenda liberal daripada sesiapa.

“Debat adalah kegiatan di mana peserta perlu berfikir di luar kotak dan tidak menghadkan pandangan alam dan pada masa sama tidak mengorbankan kepercayaan mereka selain sedia untuk berfikir secara kritikal.

“Jika ada pihak yang mendapati perkara ini tidak sensitif dan menyinggung, kami dan jawatankuasa penganjur sepenuh hati memohon maaf atas rasa tidak senang yang dicetuskan,” kata mereka.

Mohammad Aidil dan Iyad Zakiy berkata demikian susulan kenyataan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar yang mendakwa tajuk debat itu tidak sensitif terhadap agama Islam dan mendesak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan.

Penganjuran debat itu tular di media sosial apabila ramai ibu bapa mempertikaikannya.

Zainul Rijal turut membangkitkan isu pelajar sekolah agama menjadi pihak yang membela usul untuk ‘menulis semula’ al-Quran.

Bagaimanapun Mohammad Aidil dan Iyad Zakiy mengatakan tidak ada sesiapa pun yang dapat menulis semula al-Quran.

“Secara realitinya tiada siapa yang dapat menulis semula al-Quran, kerana ia adalah perintah dari ALLAH SWT,” kata mereka.

Sementara itu isu berkenaan turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof yang menyuarakan bantahannya terhadap tajuk berkenaan.

“Penganjur patut pilih topik lain. Ia tidak sesuai terutama berdasarkan ajaran Islam,” katanya dipetik daripada New Straits Times.

Tags: Al-Qurandebat piala tun razakislamliberal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd