• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kampung Baru Beri 2 Pilihan

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majoriti penduduk di Kampung Baru di sini akan menerima tawaran baharu yang bakal diumumkan kerajaan pada Khamis ini sekiranya harga pembelian itu dinaikkan antara RM1,200 hingga RM1,500 bagi satu kaki persegi.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Pindah, Zainal Fredrick Zakaria berkata, beliau yakin rata-rata penduduk di situ akan menerima tawaran berkenaan jika kerajaan menetapkan harga yang signifikan bagi pembelian tersebut.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya serius dalam membuat tawaran berhubung pembelian tanah berkenaan bagi membolehkan isu itu dapat diselesaikan segera.

“Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad sebelum ini menyatakan harta orang Kampung Baru terbenam di dalam tanah. Kalau betul terbenam, bagilah tawaran yang betul supaya harta itu dapat timbul,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, pihaknya mempunyai dua opsyen yang boleh digunakan oleh kerajaan dalam menentukan tawaran bagi pembelian tanah di Kampung Baru.

Menerusi opsyen pertama, Zainal berkata, sekiranya kerajaan bertegas untuk mengekalkan tawaran pembelian dengan nilai RM850 berdasarkan syarat pemilikan tanah di bawah Malay Agricultural Settlement (MAS), maka ia seharusnya dibuat secara pajakan selama 99 tahun dan bukannya melalui pegangan bebas.

“Ini kerana di masa hadapan kerajaan berhak dan boleh menukar status ini. Jadi ia tidak adil di mana tawaran pembelian yang diberikan kepada penduduk sebelum ini hanyalah dinilai berdasarkan harga sekatan tanah rizab Melayu.

“Jadi tawaran ini hanya adil sekiranya dibeli secara pajakan 99 tahun ditambah dengan bayaran keuntungan sebanyak 30 peratus dan bayaran nilai harta rumah kepada penduduk. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM1,205 bagi satu kaki persegi.

“Seperti semua tahu, projek ini akan melibatkan banyak pihak seperti pemaju, arkitek, konsultan, pembekal dan pihak-pihak lain yang akan mendapat keuntungan. Disebabkan itulah penduduk juga mahukan bayaran keuntungan sebanyak 30 peratus ini,” katanya.

Selain itu, Zainal berkata, kerajaan juga mengambil tanah di situ melalui pegangan bebas dengan tawaran pembelian tanah bernilai RM3,000 bagi satu kaki persegi mengikut saiz dan lokasi.

“Kemudian penduduk akan memberi potongan harga sebanyak 50 peratus kepada kerajaan dan nilai pembelian itu akan menjadi sekitar RM1,500.

“Dan mungkin kerajaan juga boleh tambah sikit bagi bayaran nilai harta rumah kepada penduduk,” katanya.

Pada 21 September lepas, Khalid mengumumkan kerajaan akan menawarkan RM850 bagi setiap kaki persegi dalam pengambilan tanah untuk pembangunan semula Kampung Baru.

Bagaimanapun, sebahagian besar penduduk berpendapat tawaran harga itu tidak setimpal memandangkan lokasi strategik penempatan itu dan meminta kerajaan mengkajinya semula.

Pada 6 Oktober lepas, Dr. Mahathir memberitahu sidang media bahawa tanah Kampung Baru akan dijual kepada agensi kerajaan untuk dibangunkan, bukan pihak lain.

Beliau berkata, agensi kerajaan itu pula akan membantu para pemilik tanah berkenaan membangunkan Kampung Baru tanpa mengabaikan ciri-ciri asal lokasi berkenaan. – Sinar Harian

Tags: Kampung Barupakatan harapanpenduduk kampung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

13/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat Kampung Baru sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ekoran akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd