• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembayaran Royalti Minyak Masih Guna Kaedah Lama – Azmin

oleh
15/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pusat masih menggunakan kaedah pembayaran lama untuk membayar royalti minyak kepada kepada kerajaan negeri yang menjadi negeri pengeluar minyak.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kaedah pembayaran royalti minyak terbaharu membabitkan pemulangan nilai 20 peratus daripada keseluruhan hasil minyak negeri masih dalam perbincangan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kaedah pembayaran royalti minyak cara lama kali ini tidak dipengaruhi dan diuruskan kerajaan Persekutuan sebagaimana kaedah terdahulu.

“Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob menafikan kerajaan terima wang ihsan, bukan royalti minyak, itu saya tidak pasti dan kena semak balik.

“Sebab pembayaran (royalti minyak) 20 peratus masih dalam perbincangan.

“Kerajaan masih guna kaedah lama, tetapi tidak dikuasai atau diuruskan kerajaan Persekutuan dan kita bayar terus kepada kerajaan negeri mengikut kaedah ditetapkan,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ahmad Yakob mengatakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Menurut beliau, kerajaan persekutuan bukan membayar wang royalti sebaliknya wang ihsan.

Semalam, Guan Eng menyatakan kerajaan Persekutuan sudah membayar royalti kepada Kelantan pada September lalu.

Malah Guan Eng dalam kenyataannya menegaskan bayaran tersebut dibuat lebih awal berbanding sepatutnya pada Januari tahun hadapan.

Tags: KelantanMohamed Azmin Aliroyalti minyakWang Ehsan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd