• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pameran Firaun Ramses II, Raja Tut Perlu Dibincang Kabinet

oleh
30/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut yang dilapor akan dianjurkan tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 perlu dibincang di peringkat Kabinet mahupun kementerian terlebih dahulu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata demikian apabila ditanya akan pameran itu seperti yang diumumkan semalam oleh timbalannya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Menurutnya, beliau sendiri tidak tahu bagaimana pengumuman sebegitu boleh dibuat tanpa melalui proses yang sepatutnya.

“Terkejut tidak juga terkejut, pasal perkara begini biasanya tidak boleh jadi. Untuk membawa Firaun ke sini, insuransnya sahaja mungkin ratusan juta ringgit kalau kerajaan Mesir lepas, kalau tidak dia lepas, langsung tiadalah pamerannya.

“Ini peringkat tertinggi perlu bincang dengan orang peringkat tertinggi di sana, bukan di peringkat menteri atau timbalan menteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pra-Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 Peringkat Sarawak, di sini, hari ini.

Ditanya lagi sama ada pameran itu akan tetap diadakan memandangkan pengumuman telah dibuat, Mohamaddin berkata, beliau tidak pasti kerana ia belum pun dibawa ke perbincangan peringkat kementerian.

Tags: Firaun Ramses IIRaja Tuttahun melawat malaysia 2020
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kempen Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Serta-Merta

18/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dibatalkan serta-merta bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19), kata Menteri Pelancongan, Seni dan...

Penularan Wabak Koronavirus Jejas Kempen Melawat Malaysia

24/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Penularan wabak koronavirus dan halangan perjalanan oleh kerajaan China ke atas Wuhan dan 7 bandar raya lain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd