• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Beri No MyKad Kepada Individu Tidak Dikenali

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tindakan seorang guru wanita berkongsi nombor MyKad dengan individu tidak dikenali membawa padah apabila wang simpanannya dipindahkan ke akaun lain tanpa kebenaran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa kerugian hampir RM13,999 dalam kejadian yang berlaku semalam.

Beliau berkata mangsa mendakwa dihubungi suspek lelaki sekitar 10 pagi, kononnya mewakili bank yang ingin mendapatkan pengesahan bagi tujuan permohonan kad kredit dibuat mangsa.

“Mangsa menafikan ada membuat permohonan menyebabkan suspek meminta nombor MyKad mangsa supaya dia dapat membatalkan permohonan itu dan mangsa terus memberi maklumat tersebut.

“Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, mangsa menerima notifikasi di telefon pintarnya mendakwa berlaku pemindahan wang sebanyak dua kali dari akaun banknya ke akaun tidak dikenali,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Curiga dengan transaksi itu, mangsa segera menghubungi pihak bank bagi menyekat transaksi keluar wang simpanannya dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, dekat sini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tags: kerugianMyKadnombor MyKadpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan II,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd