• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Diminta Tetap Nilai Ambang Harga Rumah Pembeli Asing

oleh
20/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta kerajaan negeri mengkaji harga yang sesuai bagi pembelian rumah oleh warga asing di negeri masing-masing.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata pengumuman penurunan had harga RM600,000 dalam Belanjawan 2020 hanya sebagai panduan dan menegaskan perkara itu akan dilaksanakan selama setahun bermula tahun depan.

“Ia dicadangkan Kementerian Kewangan memandangkan lambakan rumah tidak terjual.

“Jadi saya minta kerajaan negeri untuk nilaikan harga yang sesuai kerana mereka mempunyai kuasa dan sudah tentu nilai ambang harga setiap negeri berbeza…seperti Johor dengan Perak tidak sama. Mereka ada harga sendiri,” katanya.

Zuraida berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran Be Green anjuran Petronas Chemicals Group Berhad di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Hulu Langat, semalam.

Semasa membentangkan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan akan menurunkan had harga hartanah bangunan tinggi di kawasan bandar untuk pemilikan asing daripada RM1 juta kepada RM600,000.

Dalam pada itu Zuraida juga menyambut baik cadangan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook pada Jumaat supaya projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) diberi kelonggaran mengurangkan bilangan petak letak kereta kerana ia mampu mengurangkan kos unit kediaman, selain menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

“Apabila rumah dibina berdekatan pengangkutan awam tidak perlu lagi kita bagi kemudahan parkir, ini akan membantu anak muda di bandar mengurangkan kos sara hidup mereka,” katanya.

Tags: harga rumahKPKTwarga asingZuraida Kamaruddin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

Nga Elak Soalan Letak Jawatan, Mahu Fokus Kepada Rakyat Katanya

Nga Elak Soalan Letak Jawatan, Mahu Fokus Kepada Rakyat Katanya

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengelak daripada memberikan jawapan secara langsung ketika ditanya mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd