• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Tangguh AGM Elak Bertembung PRK Tanjung Piai

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA membuat keputusan untuk menangguhkan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu, yang dijadualkan pada 2-3 November, bagi mengelakkan bertembung dengan hari pencalonan pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Presiden MCA hari ini, di mana tarikh baru untuk AGM itu akan diumumkan kelak.

“Berikutan logistik parti yang menyeluruh dalam mengatur tempat, pengangkutan, tempat penginapan dan makanan, terdapat keperluan untuk pengubahsuaian dan perancangan semula. MCA akan mengumumkan tarikh baru bagi AGM tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Chong berkata, susulan AGM dan pilihan raya kecil itu jatuh pada tarikh yang sama ia menimbulkan kesulitan besar kepada MCA kerana menanggung kerugian wang dan masa serta terpaksa menyediakan peruntukan tambahan bagi perancangan semula.

Pilihan raya kecil Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ia diadakan berikutan kematian anggota Parlimen berkenaan, Datuk Dr. Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan-Bersatu pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung.

Tags: Barisan NasionalMCAPRK Tanjung Piai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd