• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mana Projek Impak Tinggi Untuk Kelantan, Terengganu?

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai “kritikal”, mengatakan tiada projek berimpak tinggi untuk pantai timur Semenanjung, khususnya Kelantan dan Terengganu.

“Kelantan dan Terengganu diabaikan tanpa sebarang projek berimpak tinggi,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng minggu lepas di Dewan Rakyat hari ini.

Ismail menegaskan Kelantan dan Terengganu sepatutnya mendapat projek-projek berimpak tinggi untuk membantu pembangunannya memandangkan pendapatan per kapita rakyatnya dikatakan amat rendah.

Beliau mengingatkan merapatkan jurang antara Kelantan dan Terengganu dan negeri-negeri lain ada disebut dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) yang dibentangkan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pada Oktober tahun lepas.

“Kita nak tanya menteri kewangan adakah ini hukuman kepada Kelantan dan Terengganu yang memberi undi kepada PAS?” katanya.

Takiyuddun Hassan (PAS-Kota Bharu) bangun mencelah dan berkata apa yang menarik dalam Belanjawan 2020 hanya sebuah sekolah baru di Tumpat, Kelantan dan Marang, Terengganu.

Beliau juga tertanya apakah projek-projek yang telah diluluskan menerusi belanjawan terdahulu, seperti pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, telah diberi kepada kontraktor.

“Apabila kerajaan kerajaan PH datang, mereka buka tender baru, dan dalam Belanjawan 2020 hilang tidak disebut. Apakah perkara ini wajar?” katanya.

Sementara itu, Ismail mencadangkan Putrajaya memberikan royalti minyak 20% kepada Kelantan dan Terengganu oleh kerana tiada projek berimpak tinggi.

Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) bangun mencelah dan berkata sehingga kini tiada bayaran royalti walaupun janji telah dibuat.

“Saya nak rujuk apa dicadangkan, royalti sampai 20%, masalahnya lima peratus juga belum diberikan,” katanya.

Ismail kemudian meminta isu royalti minyak dimasukkan dalam ucapannya untuk dijawab menteri kewangan.

Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) kemudian bangun untuk mempersoalkan pendirian Ismail kerana kerajaan dulu tidak pula membayar royalti kepada Kelantan selama 60 tahun memerintah.

Ismail merupakan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Ketua pembangkang menjelaskan Kelantan menerima bayaran daripada kerajaan persekutuan dalam bentuk wang ehsan, dan Barisan Nasional tidak pernah berjanji untuk memberikan royalti kepada negeri itu.

“PH berjanji, itu bezanya. Kalau janji mesti ditepati, itu sebab Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak tuntut,” tambahnya.

Ismail percaya keempat-empat negeri itu sukar meyakini Belanjawan 2020 kalau manifesto Pakatan Harapan “tipu”.

“Saya yakin Belanjawan 2020 akan gagal,” katanya. – FMT

Tags: belanjawan 2020Ismail Sabri YaakobKelantanTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd