• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Digesa Tinggalkan PH Jika Sayangkan Melayu

oleh
26/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digesa keluar Pakatan Harapan (PH) jika benar-benar sayangkan penyatuan Melayu.

Gesaan itu disuarakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang melihat Muafakat Nasional adalah pakatan yang mampu meningkatkan kembali maruah Melayu.

“Yang menuduh itu (rasis) adalah rakan kongsinya dalam PH iaitu DAP. Jadi, saya menggesa Dr. Mahathir, kalau beliau masih sayangkan Melayu, beliau harus tunjukkan maruah dan keluar daripada PH.

“Tinggalkan rakan kongsinya dan bersama-sama dengan Muafakat Nasional iaitu UMNO dan Pas. Itu sahaja cara yang boleh menyelamatkan maruah Melayu yang sebenarnya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Asyraf berkata, Dr. Mahathir sebagai pejuang Melayu boleh terus meninggalkan PH selepas DAP yang jelas menuduh Kongres Maruah Melayu itu sebagai rasis.

“Takkan beliau mahu terus bersama dengan orang yang menikam belakangnya. Dia sebagai pejuang Melayu, dia boleh meninggalkan PH,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Asyraf Wajdi DusukiMahathir MohamadMelayupakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd