• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: Dewan Ulama PAS Desak 2 ADUN DAP Letak Jawatan

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, S Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran meletak jawatan kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan Liberation Tigers of Tamil Ealam (LTTE).

Ketuanya, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, gesaan itu dibuat kerana rakyat di negara ini menolak mana-mana pemimpin yang terlibat dengan kegiatan ekstremis dan militan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, pihaknya kesal dengan dakwaan berkenaan kerana dua ADUN DAP itu adalah pemimpin yang menguruskan masyarakat tetapi didakwa terlibat mempunyai ideologi ekstremisme.

“Seperti sedia maklum (LTTE) yang diasaskan oleh Velupillai Prabhakaran adalah kumpulan pengganas yang beroperasi dengan menggunakan senjata api dan bom. LTTE antara kumpulan yang diharamkan oleh 32 buah negara termasuk Malaysia.

“Berdasarkan penglibatan ekstremisme LTTE ini, pihak DUPP mengutuk sekeras-kerasnya penglibatan mana-mana rakyat Malaysia sama ada secara langsung ataupun tidak di dalam kumpulan ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, polis menahan G Saminathan dan P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan LTTE. – Sinar Harian

Tags: ADUN DAPDUPPLTTEPASpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd