• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letak Calon MCA Bagi PRK Tanjung Piai Langkah Bijak – Ku Li

oleh
31/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan pemimpin MCA sebagai calon bagi PRK Parlimen Tanjung Piai satu keputusan yang bijak untuk masa depan negara.

It pendapat Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau menyokong 100 peratus calon BN, Datuk Seri Wee Jek Seng demi memikirkan masa depan dan nasib negara.

“Keputusan kepimpinan yang dicapai untuk PRK Tanjung Piai itu merupakan satu keputusan yang baik mengambil kira juga pergolakan politik tanah air sekarang ini.

“Ini nampaknya membuka peluang baru untuk masa depan rakyat kita, syabas saya ucapkan kepada pimpinan kita dalam UMNO, MCA, MIC dan Pas. Saya rasa kita boleh bekerjasama dengan kuat dan erat untuk menjamin kejayaan kita dalam PRK ini,” katanya kepada UMNO-Online hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li melihat kepada komposisi kaum di kawasan Tanjung Piai dan beranggapan calon terbabit dapat disesuaikan dengan keadaan setempat.

“Tiap pilihan raya kita kena bekerja keras dan kita semua kena ikhlas antara kita dengan pengundi… tak boleh kita nak main silap mata dan menipu atau sebagainya.

“Kita kena jelaskan kedudukan yang sebenar, rakyat kita bukan bodoh… rakyat kita cerdik… kita kena beri keyakinan kepada rakyat bahawa BN masa depan yang baik dan kita tidak pernah menghampakan rakyat.”

Mengulas berkaitan Tanjung Piai sebagai PRK yang pertama sejak Muafakat Nasional dimetrai, beliau berkeyakinan ia akan memberi gambaran baru kepada rakyat.

PRK Parlimen Tanjung Piai bakal daiadakan pada 16 November depan berikutan penyandangnya Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik, 42, dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia di Hospital Pontian akibat serangan jantung pada September lalu. – UMNO-Online

Tags: Barisan NasionalMCAPRK Tanjung PiaiTengku Razaleigh Hamzah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

‘Peristiwa Hitam’ Tabung Haji Akibat Pertembungan Politik – Ahli Parlimen BN

‘Peristiwa Hitam’ Tabung Haji Akibat Pertembungan Politik – Ahli Parlimen BN

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa menegaskan 'peristiwa hitam' dialami Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd