• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagu Kebangsaan Bukan Hiburan, Henti Persenda ‘Negaraku’

oleh
03/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Lagu ‘Negaraku’ tidak perlu ditukar hanya kerana beberapa pihak mempertikaikan keasliannya, tegas Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya, lagu kebangsaan berkenaan yang dipersetujui digunakan semua negeri termasuk Sarawak ketika menyertai Malaysia pada 1963, merupakan identiti negara dan bukannya sesuatu yang boleh ditukar sewenangnya, seperti lagu-lagu hiburan.

“Kalau lagu kebangsaan (Negaraku) itu sudah diterima, kita akur dan kita hormati lagu itu. Janganlah dipersendakan dengan mengatakan ianya dibuat oleh orang putih dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Acara What About Kuching (WAK) Ke-3 dan Persidangan Manik Antarabangsa Borneo Ke-6, di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Presiden Parti Bumi Kenyalang, Voon Lee Shan seperti dilapor media tempatan yang mahu lagu itu ditukar kerana kurang asli dan berasal dari rentak “Le Rosalie” ditulis ahli muzik Perancis, Pierre-Jean de Beranger.

Abdul Karim berkata, sekiranya ada pihak yang merasakan Sarawak tidak mendapat hak sepatutnya dalam Malaysia, ketidakpuasan hati mereka perlu ditunjukkan di platform lebih sesuai bukannya dengan tidak menghormati lagu kebangsaan.

“Itu boleh ditunjukkan mereka ketika pilihan raya dan bukan ditunjukkan ketika lagu kebangsaan (Negaraku) berkumandang ataupun tidak menghormati bendera (Malaysia) yang sedang dinaikkan,” katanya.

Tags: lagu kebangsaanNegarakusarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd